Wednesday, January 30, 2013

Konsep Takaful di zaman Rasulullah SAW

Konsep takaful yang diamalkan pada hari ini bukanlah sesuatu yang baru malah telah dijalankan sejak zaman permulaan Islam lagi. Apabila Islam datang dan tertegaknya kerajaan Islam di Madinah, lanjutan daripada hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat, maka beberapa sistem yang diamalkan mengikut adat resam masyarakat Arab sebelum ini tetapi didapati tidak bercanggah dengan syariat Islam terus dikekalkan. Menurut Sobri Solomon (1989), tiga sistem yang terus dikekalkan ialah sistem ‘aqilah, qasamah dan akad muwalah. Dalam kitab-kitab feqah dan sejarah Islam juga dinyatakan terdapat beberapa amalan di zaman tersebut yang mencerminkan bentuk insurans. Antaranya dalam Kitab Sirah Ibn Hisyam dibayangkan bentuk insurans yang diamalkan di kalangan kaum Muhajirin:“
Kaum Muhajirin dari Quraisy tetap mempunyai hak mereka, mereka senasib sepenanggungan dan menerima wang tebusan darah (diat) sesama mereka (kerana pembunuhan tidak sengaja) dengan cara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman. Bani ‘Auf (dari Yathrib) tetap mempunyai hak mereka, tanggung-menanggung wang tebusan diri. setiap keluarga mereka membayar bersama wang tebusan dengan baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.
Sistem ‘aqilah telah diperkenalkan oleh Rasulullah SAW sebaik sahaja Baginda berhijrah ke Madinah dan mempersaudarakan golongan Muhajirin dengan golongan Ansar. Sistem ini berteraskan kepada konsep saling bertanggungjawab di kalangan ahli-ahlinya. Mengikut sistem ini, setiap ahli sama ada orang-orang Ansar atau Muhajirin hendaklah mengadakan tabung kewangan bersama yang dikenali sebagai ‘kunz’. Semua pungutan atau caruman yang dibayar oleh  ahli-ahli mengikut tempoh yang telah dipersetujui dimasukkan ke dalam tabung berkenaan.

Salah satu tujuan manfaat tabung ini ialah menyediakan bayaran sebagai bantuan untuk menolong mana-mana ahli yang terlibat dengan pembunuhan tidak sengaja atau untuk menebus tawanan perang muslimin daripada musuh. Sistem al-Qasamah pula adalah satu sistem bayaran pampasan kepada keluarga yang terbunuh. Melalui sistem ini, dana dikumpulkan ke dalam sebuah tabungatau kumpulan wang daripada kutipan caruman ahli-ahli. Manfaat akan dibayar kepada ahli waris yang dibunuh jika kes pembunuhan itu tidak diketahui siapa pembunuhnya atau keterangan saksi yang layak untuk benar-benar mengenalpasti pembunuhnya tidak diperoleh. Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dari Sa’id bin A’ta’i:
“Apakah kamu boleh mendatangkan saksi orang yang membunuhnya? Mereka (golongan Ansar)menjawab: Tidak. Tanya Rasulullah: Baiklah kalau mereka (orang-orang Yahudi)bersumpah untuk kamu? Mereka menjawab: Kami tidak menerima sumpah mereka. Kerana Rasulullah tidak suka mensia-siakan darah manusia, maka Baginda memberi diatnya seratus ekor unta kutipan sedekah.”
Manakala akad muwallah merupakan satu bentuk perjanjian jaminan.
Contohnya jika A berkata kepada B: “Anda menjadi pelindung (wali) kepada saya, kalau saya melakukan jenayah tak sengaja, anda hendaklah membayar diat kepada saya.” Kalau B bersetuju, maka kontrak mereka sah, sekiranya A melakukan jenayah tidak sengaja maka A akan menyediakan diat dan sebagai ganjarannya B boleh mempusakai harta-harta A sekiranya ia mati tanpa waris. Di bawah sistem ini, penjamin akan menjamin sesorang yang tidak berwaris dan tiada pula diketahui keturunannya seperti seorang pendatang baru. Penjamin bersetuju akan menanggung bayaran diat (denda atau tebusan) sekiranya orang yang dijaminnya itu melakukan sesuatu jenayah. Sebaliknya, jika orang yang dijamin itu meninggal dunia, penjamin boleh mempusakai hartanya selagi tidak diketahui siapakah warisnya.

Pelaksanaan skim Takaful adalah berdasarkanhukum syara’ yang mengharamkan perkara-perkara berikut:
i. Gharar (Ketidakpastian atau ketiadaan penjelasan berhubung sesuatuperjanjian dan sumber)
ii. Maisir (Perjudian)
iii. Riba (Bunga atau faedah)
iv. Amalan-amalan lain yang bercanggah dengan hukum syarak

Ada beberapa sebab yang mendorong pembentukan dan penyediaan perniagaan takaful ini. 
1) orang Islam ingin mengamalkan ajaran dan peraturan Islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka. 
2) orang Islam mahu sistem kewangan yang bersesuaian dengan ajaran dan kehendak agama dipraktikkan dalam wawasan mereka bagi membina ekonomi Islam yang lengkap untuk kemudahan ummah. 
3) dengan tertubuhnya bank-bank Islam maka keperluan kepada perniagaan takaful atau insurans secara Islam segera menjadi keperluan oleh kerana boleh dikatakan semua urusan bank memerlukan perlindungan insurans.
Oleh yang demikian, adalah amat sesuai sekali jika urusan bank Islam dapat dilindungi oleh insurans yang berasaskan hukum-hukum Islam.

Untuk mendapatkan free info boleh Call, SMS saya (014-5308963) or email saya (arina.sg12@gamil.com) or PM saya di facebook Arina GreatEastern Takaful ( https://www.facebook.com/nicky.erin )

Wednesday, January 16, 2013

Definisi dan Konsep Takaful


Menurut Akta Takaful 1984 (Buku Panduan Asas Takaful, 2007), istilah Takafulmembawa maksud satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuanbersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.Kata dasar bagi perkataan takaful ialah ‘kafala’ yang bererti untuk menjamin,menjaga atau memelihara. Oleh kerana takaful merupakan kata nama yang berasaldaripada kata kerja ‘takafala’, maka ianya memberi erti saling menjamin, salingmenjaga dan saling memelihara. Di dalam al-Quran terdapat perkataan-perkataan‘kafala’ dan juga ‘yakfulu’ yang memberi makna memelihara atau menjaga.Sebagaimana disebut dalam firman Allah SWT yang bermaksud:

“Maka ia (Mariam) diterima oleh Tuhannya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria .” (Surah Ali-Imran: ayat 37)

Pada asasnya, sistem takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan peserta-pesertanya. Iabertujuan menggalakkan sifat tolong-menolong dan perpaduan di kalangan parapeserta selari dengan konsep “ta’awun” (saling bekerjasama)
Melalui takaful akan dapat diwujudkan suatu perhubungan yang erat mengikutamalan dan peraturan Islam di antara peserta-peserta yang berpakat dan bersetujuuntuk sama-sama menanggung kerugian atau kehilangan. Berpandukan kepadasemangat perpaduan ini, maka dapat disusun suatu sistem amali yang mementingkanprinsip-prinsip saling bertanggungjawab, saling bekerjasama atau bantu-membantu dansaling lindung-melindungi antara satu sama lain.Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsibersama bagi membantu mereka yang memerlukan. Islam amat menggalakkan sifattolong-menolong atau menyediakan bantuan pada mereka yang ditimpa musibah. Islam juga menuntut supaya umatnya bekerjasama dalam perkara-perkara yang baik.Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah SAW yang antaranya:

1.      Dalil Kerjasama
“Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain.”
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

2.       Dalil Tanggungjawab
"Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lan juga akan merasainya ”.
(Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

3.       Dalil Saling Melindungi
“Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan.”
(Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

Berasaskan hadis-hadis tersebut, para ilmuwan Islam memutuskan bahawausaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep takaful sebagai kaedahterbaik memenuhi tuntutan ini.

Menurut Akta Takaful 1984 (Buku Panduan Asas Takaful, 2007), istilah Takafulmembawa maksud satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuanbersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.Kata dasar bagi perkataan takaful ialah ‘kafala’ yang bererti untuk menjamin,menjaga atau memelihara. Oleh kerana takaful merupakan kata nama yang berasaldaripada kata kerja ‘takafala’, maka ianya memberi erti saling menjamin, salingmenjaga dan saling memelihara. Di dalam al-Quran terdapat perkataan-perkataan‘kafala’ dan juga ‘yakfulu’ yang memberi makna memelihara atau menjaga.Sebagaimana disebut dalam firman Allah SWT:y  γ  n  ¬ù$ y  γ  š/ ‘ @Αθ  ç Î/ 9  |  ¡ y   m$ y  γ /Ρ& ρ  ?$ Ρ YΖ |  ¡ y   m$ y  γ  n ¤ x   .  ρ −ƒÌ  x   . y   — (  Maksudnya: “Maka ia (Mariam) diterima oleh Tuhannya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria .” (Surah Ali-Imran: ayat 37)Pada asasnya, sistem takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan peserta-pesertanya. Iabertujuan menggalakkan sifat tolong-menolong dan perpaduan di kalangan parapeserta selari dengan konsep “ta’awun” (saling bekerjasama)

Tuesday, January 15, 2013

GREAT EASTERN TAKAFUL SHARIAH COMITEE


GREAT EASTERN TAKAFUL SHARIAH COMITEEShariah Committee....jangan meragui dana takaful Great Eastern... Great Eastern Takaful Sdn Bhd (GETSB) is consulted by six Shariah scholars who specialises in various fields of comtemporary Islamic knowledge.
Profile of Great Eastern Takaful Sdn Bhd (GETSB) Shariah Committee (SC) Memmbers.


Dr. Ahmad Basri Ibrahim
Asst. Prof. Dr. Ahmad Basri was appointed as Shariah Committee of Great Eastern Takaful Sdn Bhd in November 2010 and later as a Shariah Committee chairman in December 2011. He holds a Ph.D in Islamic Law from University of Birmingham, UK. He also holds a Master of Islamic Revealed Knowledge and Heritage (IRKH) and Bachelor in Islamic Jurisprudence and Legislation from University of Jordan, Amman, Jordan.

He has vast experience in teaching Introduction to Usul al-Fiqh, introduction to al-Fiqh, Fiqh al-Jinayat (Islamic Criminal Law), Fiqh al-Ibadat and Islamic Political System and International Relations. Apart from teaching at his department, he teaches Usul al-Fiqh to the IIUM’s academic staff for the program of Diploma of Islamic Revealed Knowledge (DIRK). He also gives lectures on Islamic Institutions and Introduction to Fiqh at Singapore for the program of Diploma in Islamic Studies (Singapore). He also used to be a Guest Lecturer at the Department of Urban and Regional Planning, Kulliyyah of Architecture and Environmental Design, IIUM. His research areas of interest are Fiqh al-Muamalat (Islamic Law of Transactions), Islamic criminal law, ‘al-Siyasah al-Shariyyah’, Usul al-fiqh and Islamic legal maxims.

Asst. Prof Dr. Ahmad Basri also currently serves as a Shariah Committee chairman of OSK Investment Bank Berhad.

Dr. Akhtarzaite Abdul Aziz
Asst. Prof Dr. Akhtarzaite Abdul Aziz was appointed as Shariah Committee of Great Eastern Takaful Sdn Bhd in November 2010. She also serves as Shariah Committee for RHB Islamic Bank Berhad. She was educated at International Islamic University Malaysia (IIUM), Kuala Lumpur where she obtained her LLB (1994) and LLBs (Shariah) (1995), subsequently, his Master and Ph.D in Fiqh and Usul Fiqh at the same university, (2000 & 2005).

Asst. Prof. Dr. Akhtarzaite was a Shariah Committee member of EONCAP Islamic Bank Berhad (2005-2011), Working Committee of IIUM Institute of Islamic Banking and Finance (IIiBF), Module Writer for Islamic Capital Market Graduate Training Scheme (ICMGTS), Securities Commission Malaysia, Shariah Committee Member of Great Eastern Takaful, Committee Member (Treasurer) - Association of Shariah Advisors in Islamic Finance (ASAS), Moderator for IBFIM Fundamental Certificate in Islamic Banking and Finance.

She has written various books and articles on Islamic Banking, Principles of Islamic Jurisprudence (Usul al-Fiqh), Islamic Legal Maxims, and presented several papers in forums and seminars. She also has supervised Ph.D and Master Students in Islamic Banking as well as Usul Fiqh thesis. She is currently serving as Assistant Professor at Department of Fiqh and Usul Al-Fiqh, Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge, IIUM.

Dr. Mohamad Sabri Zakaria
Asst. Prof Dr. Mohd. Sabri Zakaria is an Assistant Professor at the Department Fiqh & Usul Fiqh, Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences, International Islamic University Malaysia. He was appointed as a Shariah Committee for Great Eastern Takaful Sdn Bhd. In November 2010.

He received his first degree in Shariah from University of Al-Azhar. He then successfully completed his Master Degree in Islamic Economic from Yarmouk University, Jordan and obtained his PhD. in Fiqh & Usul Fiqh from the International Islamic University Malaysia. He teaches several subjects such as Islamic Jurisprudence, Contemporary Fiqh Issues, Islamic Law of Transaction and Islamic Finance.

In July 2010, he was appointed as a Member of Board Directors, Institute of Islamic Banking & Finance (IIBF), International Islamic University Malaysia. He is the academic advisor to Al-Madinah International University (MEDIU) and a member of Malaysian Qualification Agency (MQA). He is also served as a Shariah Committee for EXIM Bank.

Dr. Mahamad Arifin
Assoc. Prof. Dr. Mahamad has been in service as a Shariah Committee member of Great Eastern Takaful Sdn Bhd since 1 July 2011. After completing his first degree in Shariah from Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), he pursued his Ph.D in Islamic jurisprudence in Scotland. He has been lecturing at Faculty of Laws of International Islamic University Malaysia (IIUM) which is later known as IIUM Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws (AIKOL) since 1984 until present. He was the previous Deputy Dean (Academic Affairs) of the said Faculty or Kulliyyah for 4 years.

Assoc. Prof. Dr. Mahamad has vast experience in advising various Islamic institutions for the past 8 years. He also specializes in Islamic family matters, Islamic law of transactions, Islamic administrative law and Islamic jurisprudence. He also currently serves as a Shariah Committee member of OCBC Bank (M) Berhad and later OCBC Al-Amin Bank Berhad since 1 April 2005.

Dr. Siti Salwani Razali
Assoc. Prof Dr. Siti Salwani has been in service as a Shariah Committee member of Great Eastern Takaful Sdn Bhd since 1 July 2011. She holds Ph.D in Business Law at Universiti Putra Malaysia. She also holds Master of Comparative Laws (MCL) and Bachelor of Laws (LLB) from International Islamic University Malaysia. Currently she is a lecturer at the Department of Business Administration at Kulliyah Economics and Management Sciences International Islamic University Malaysia since 2001. Her research areas of interest are Islamic banking & finance, Shariah law, business & commercial law, Islamic transaction and Islamic contract law. In 2010, she was awarded with Best Paper Award for the conference paper entitled Critical Comparison on Investment in Takaful Funds in Family Takaful; A case Study of PT Asuransi Takaful Keluarga and Takaful Ikhlas Sdn.Bhd. at International Conference on Islamic Banking and Finance Conference IBAF which held at USIM, Nilai.

Assoc. Prof Dr. Siti Salwani also currently serves as a Shariah Committee for Bank Rakyat Malaysia, Board Member for the Institute of Islamic Banking and Finance International Islamic University Malaysia and Associate Advisor for AFTAAS Shariah Advisory Sdn.Bhd.

Dr Wan Sabri Wan Yuso
Assoc. Prof. Dr. Wan Sabri was appointed as Shariah Committee of Great Eastern Takaful Sdn Bhd in November 2010. He holds a Ph.D and Master of Arts from Temple University, USA (specialized in Comparative Religion). He also holds a Master of Islamic Revealed Knowledge and Heritage (IRKH) (specialized in Tafsir) and Bachelor of Economics from International Islamic University Malaysia (IIUM).

He is a member of the teaching staff at Department of Usuluddin and Comparative Religion, IRKH, IIUM, holding the position of Associate Professor. His main areas of interest are concept of religion, comparative religion and ethics. He had published numerous articles among others monograph on prominence Muslim scholars in this region and tafsir (exegesis).

Assoc. Prof. Dr Wan Sabri also currently serves as a Shariah Committee member of OCBC Al-Amin. Prior to that, he was a Shariah Committee member for Southern Bank Berhad, CIMB Islamic and Alliance Bank.
 

New Product..


i-Great Teras tawar premium bulanan RM25

DARI kiri: Shizal Fisham Ramli, Zafri Ab. Halim dan Ariff Azhan Abd. Ghani menunjukkan buku penerangan i-Great Teras semasa pelancaran produk terbaharu Great Eastern Takaful itu di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. (GETSB) melancarkan produk terbaharunya, i-Great Teras, dengan menawarkan premium bulanan serendah RM25 dalam usaha mereka meningkatkan penguasaan pasarannya.
Ketua Pegawai Kewangannya, Zafri Ab. Halim berkata, produk itu disasarkan terutamanya kepada pelanggan yang beragama Islam, memandangkan kadar penembusan takaful dalam segmen tersebut masih rendah.
Jelasnya, berdasarkan kajian, masih terdapat 90 peratus rakyat yang beragama Islam masih di negara ini yang masih belum mempunyai perlindungan takaful.
"Diharapkan dengan kadar bayaran bulanan yang rendah, produk ini mampu menarik orang ramai mendapatkan perlindungan i-Great Teras.
"Malah sebahagian daripada bayaran itu akan dilaburkan ke dalam dana Tabarru' yang mana kesemua pulangan pelaburan itu akan diterima oleh pelanggan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran produk itu di sini hari ini.
Turut hadir ialah Naib Presiden dan Ketua Agensi Pengagihan, Ariff Azhan Abd. Ghani dan Naib Presiden Aktuarial dan Pembangunan Produk, Shizal Fisham Ramli.
i-Great Teras yang telah berada di pasaran di sasarkan untuk mengumpul 10,000 pelanggan menjelang akhir tahun 2013.
Pembayaran minimum RM25 sebulan itu bagaimanapun bergantung kepada kriteria tertentu termasuk umur pelanggan bagi memastikan mereka memenuhi perlindungan minimum iaitu RM10,000.
GETSB kini mempunyai 5,000 ejen di seluruh negara.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20121108/ko_05/i-Great-Teras-tawar-premium-bulanan-RM25#ixzz2I7UJgnEJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 


For free consultation do call or msg me at 014-5308963...

Tuesday, January 8, 2013

Pentingnya Perlindungan Insuran


Kepentingan Mempunyai Perlindungan Insuran Dalam Kehidupan

Perkhidmatan perlindungan insuran memang diakui perlu dalam kehidupan. Ianya dapat membantu kita sekiranya kita menghadapi masalah. Sebagai contoh jika kereta kita kemalangan dan melibatkan kos pembaikan yang besar kita terpaksa menggunakan perkhidmatan pihak insuran untuk membayar kos pembaikan kenderaan tersebut dan sekiranya kita menghadapi penyakit kronik yang termasuk dalam senarai yang dilindungi oleh pihak insuran, pihak insuran akan membiayai kos perubatan tersebut. Dan sebaliknya sekiranya kita tidak dilindungi oleh insuran maka kita terpaksa membayar dengan wang saku sendiri untuk kesemua perbelanjaan yang timbul daripada kemalangan kereta ataupun kos perubatan untuk merawat penyakit yang dihidapi.
Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sebelum dan selepas memilik perlindungan insuran untuk anak saya. Pada tahun 2006 sebelum saya membeli perlindungan insuran untuk anak saya, anak saya telah dijangkiti penyakit di mana paru-parunya telah dijangkiti kuman. Pada masa tersebut saya belum mengetahui yang anak saya dijangkiti penyakit tersebut. Saya ingat dia hanya demam biasa. Ini hasil pemeriksaan klinik swasta dan hospital. Walau bagaimanapun setelah 3 hari mendapat rawatan klinik dan hospital saya mendapati tahap kesihatan anak saya semakin merosot. Dia tidak lalu makan dan suhu badan mencecah 39 darjah. Setelah mendapati beliau semakin sakit saya mengambil keputusan untuk merujuk anak saya ke Pusat Pakar Perubatan Normah. Walaupun tahu kos yang terpaksa ditanggung sekiranya anak saya dimasukkan ke hospital tersebut akan mencecah ribuan ringgit demi kesihatan anak, saya sanggup berkorban apa saja.
Setelah diperiksa oleh pakar, barulah saya dimaklumkan bahawa anak saya dijangkiti kuman di bahagian paru-parunya. Setelah dimaklumkan perkara tersebut doktor menasihatkan supaya anak saya ditahan untuk mendapat rawatan lanjut. Setelah 4 hari 3 malam dirawat di pusat tersebut saya terpaksa membayar sendiri kos perubatan yang berjumlah RM3,500. Di situlah saya berfikir jika anak saya dilindungi oleh insuran, kos tersebut mungkin saya tidak perlu bayar.
Setelah berfikir untuk masa depan anak-anak saya, saya mengambil keputusan untuk membeli perlindungan insuran untuk anak-anak saya. Pakej yang saya ambil adalah termasuk perubatan dan simpanan. Disamping dapat melindungi anak-anak sekiranya dimasukkan ke hospital akibat penyakit saya juga menabung untuk masa depan mereka.
Setelah hampir dua tahun membeli perlindungan tersebut anak saya sekali lagi dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan Normah akibat jangkitan kuman di usus ataupun istilah mudahnya cirit-birit yang agak kronik. Setelah dimasukkan ke dalam hospital tersbut selama 2 hari saya dikenakan bayaran sebanyak RM2,000. Setelah merujuk kepada agen insuran saya, saya hanya perlu membayar sebanyak RM100 sahaja sebagai bayaran untuk kos yang tidak ditanggung seperti caj pentadbiran. Dengan itu, masalah berkaitan dengan pembiayaan kos perubatan untuk anak saya dapat saya pindahkan kepada pihak insuran. Saya berasa perlindungan insuran yang saya ambil amat membantu menyelesaikan masalah kewangan saya dan saya amat berharap agar rakan-rakan sekalian mengambil iktibar dariapada kisah saya ini untuk perlindangan kesihatan diri ataupun keluarga untuk masa yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
Disediakan Oleh:
MUHAMMAD NAJIB BIN AHMAD
PENOLONG PEGAWAI TADBIR
JABATAN PEGUAM NEGARA MALAYSIA SARAWAK

Friday, December 14, 2012

Apa itu faraid dan apa itu hibah ???


SOALAN-SOALAN FARAID DARI PUSAT PENERANGAN ISLAM SARAWAK


S1: Apakah FARAID?
J1: FARAID ialah satu ilmu berkaitan sistem pembahagian harta pusaka bagi orang Islam. Ia mengandungi hukum pewarisan, formula  pembahagian dan kaedah  pengiraan  yang akan menentukan siapakah dalam kalangan keluarga yang ditinggalkan oleh si mati yang berhak mewarisi harta pusaka dan menentukan kadar bahagian yang akan diwarisi oleh setiap orang waris.

Contohnya: Ahmad meninggal dunia dan meninggalkan ibu, seorang isteri, dua anak lelaki, seorang anak perempuan dan tiga orang saudara lelaki seibu sebapa (adik beradik Ahmad).

Hukum faraid menjelaskan bahawa harta pusaka  Ahmad akan diwarisi oleh ibu, isteri dan anak-anak, manakala adik beradik tidak berhak. Mengikut kaedah  hukum faraid, adik beradik tidak mewarisi kerana mereka terdinding oleh anak lelaki. 


Sekadar gambar hiasan

Seterusnya ilmu faraid menjelaskan pula bahagian yang akan diwarisi oleh setiap orang waris berdasarkan formula yang telah ditetapkan iaitu ibu mendapat 1/6 bahagian, isteri mendapat 1/8 bahagian dan anak-anak mendapat baki (asabah) dengan kadar bahagian lelaki 2 bahagian dan perempuan 1 bahagian.

Untuk mengetahui bahagian bagi setiap orang waris, kaedah pengiraan faraid ditunjukkan seperti di bawah:

 

 

24

120

Ibu

1/6

4

20

Isteri

1/8

3

15

Anak lelaki

Asabah

 

34

Anak lelaki

Asabah

17

34

Anak perempuan

Asabah

 

17


Setelah pengiraan, bahagian setiap orang waris dapat diketahui iaitu ibu mendapat 20/120 bahagian, isteri 15/120 bahagian, anak lelaki 34/120 bahagian dan anak perempuan 17/120 bahagian.

S2: Bolehkah diberikan sedikit penjelasan tentang hibah, wasiat dan harta pusaka?

J2:  Hibah ialah pemberian semasa hidup. Iaitu seseorang melepuskan hak atau sesuatu harta kepada orang atau pihak lain semasa hayatnya  dan kuatkuasa pemberian itu setelah penerima menerima harta yang diberikan itu.

Hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja sama ada waris atau bukan waris dan tidak dihadkan kadar pemberian itu sama ada sebahagian atau kesemuanya.

Contohnya: Ahmad memberikan sebuah kereta kepada anaknya yang bernama Kasim. Kasim menerima kereta itu daripada bapanya dan kereta itu bertukar menjadi menjadi hak milik Kasim. Ini bermakna Ahmad telah menghibahkan keretanya kepada Kasim. Pemberian ini berkuatkuasa semasa Ahmad masih hidup.

Wasiat ialah pemberian setelah kematian. Iaitu seseorang berhasrat untuk memberikan sesuatu harta kepada orang atau pihak lain dan kuatkuasa pemberian itu setelah beliau (tuan punya harta) meninggal dunia.

Contohnya: Ahmad berwasiat untuk memberikan kereta miliknya kepada anak angkatnya. Pemberian ini akan hanya berkuatkuasa setelah Ahmad meninggal dunia. Selagi Ahmad masih hidup, kereta yang diwasiatkan itu masih kepunyaan Ahmad.
Wasiat mempunyai syarat-syarat tertentu antaranya:
1.Penerima wasiat tidak terdiri daripada kalangan waris yang berhak menerima harta pusaka, seperti ibu, isteri dan anak kandung.
2.Harta yang diwasiatkan itu tidak  melebihi 1/3 daripada keseluruhan harta hartanya setelah ditolak belanja kematian dn hutang jika ada..

Harta pusaka ialah harta yang ditinggalkan oleh seseorang yang telah meninggal dunia. Harta itu milik si mati semasa hayatnya dan tidak dihibahkan kepada sesiapa dan tidak pula diwasiatkan. Harta itu akan diwarisi oleh waris-waris yang telah ditentukan mengikut hukum faraid sebagaimana contoh dalam jawapan soalan 1 di atas.

S3: Adakah wajib kita umat Islam untuk ikut hukum faraid dalam pembahagian harta pusaka walaupun tiada perselisihan antara waris?

J3: Dalam pembahagian harta pusaka, setiap umat Islam wajib mengikut hukum faraid. Namun mereka boleh untuk memilih cara pembahagian setelah mengadakan perbincangan atau bersetuju dengan rela hati tanpa dipaksa atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Maksudnya untuk menentukan siapakah dalam kalangan waris yang berhak mewarisi harta pusaka mestilah mengikut kaedah yang digariskan oleh hukum faraid. Sekiranya waris yang berhak itu tidak diberikan haknya, bermakna tidak mengikut hukum faraid dan hukumnya haram dan berdosa.

Contohnya si mati meninggalkan dua orang isteri dan lima orang anak. Sekiranya isteri kedua tidak disenaraikan sebagai waris yang berhak, bermakna pembahagian dilakukan tidak mengikut hukum faraid.

Demikian juga dalam penentuan bahagian yang akan diwarisi oleh seseorang waris mestilah mengikut kaedah hukum faraid. Sekiranya tidak mengikut kadar yang telah ditetapkan bermakna seseorang itu tidak mengikut hukum faraid dan hukumnya berdosa.

Contohnya: bahagian isteri telah ditetapkan sebanyak ¼ bahagian ketika si mati tidak meninggalkan anak. Sekiranya diberikan kepada isteri itu hanya 1/8 sahaja, bermakna tidak mengikut hukum faraid. Sesiapa yang memakan harta bahagian isteri itu hukumnya haram dan berdosa.

Tetapi sekiranya waris yang berhak mengikut kaedah hukum faraid tidak ditinggalkan dan mereka pula mengetahui bahagian masing-masing, mereka dibolehkan untuk membahagikan harta pusaka itu mengikut persetujuan secara sukarela seperti pembahagian sama banyak , muafakat, penyerahan hak tanpa bayaran atau dengan bayaran dan sebagainya. Pembahagian seperti ini mengikut kaedah ‘Takharuj’ dan tidak bertentangan dengan hukum faraid.

S4: Bolehkah anak luar nikah mewarisi harta bapanya?

J4:  Anak luar nikah tidak boleh mewarisi harta pusaka bapanya. Ini kerana anak itu bukan anak yang sah mengikut hukum syarak dan tidak boleh dinasabkan kepada bapa itu. Jelasnya, anak luar nikah bukan ‘keturunan hakiki’ atau ‘darah daging’  kepada bapa itu. Oleh itu mereka tidak saling mewarisi. Bagaimana pun anak itu boleh mewarisi harta ibu yang melahirkannya.

S5: Bagaimanakah pembahagian harta mengikut hukum Faraid, sekiranya si mati yang meninggalkan adalah ibu tunggal dan mempunyai kesemua anak perempuan?

J5: Hukum faraid telah menetapkan bahagian anak perempuan kalau seorang mendapat 1/2 bahagian dan sekiranya lebih daripada seorang mendapat 2/3 bahagian daripada harta pusaka ibunya yang meninggal dunia. Baki 1/2 atau 1/3 bahagian lagi akan diwarisi oleh waris-waris yang lebih jauh sekiranya mereka ada mengikut turutan. Waris yang lebih dekat mendindingkan waris yang lebih jauh. Mereka ialah, adik beradik si mati, anak saudara, bapa saudara, sepupu, datuk saudara dan seterusnya keturunan mereka. Sekiranya semua mereka tidak ada, baki1/3 bahagian itu diserahkan kepada Baitulmal.

S6: Bolehkah seseorang mewasiatkan harta kepada anak angkatnya?

J6: Seseorang itu boleh mewasiatkan harta kepada anak angkatnya bahkan mewasiatkan harta kepada anak angkat amat digalakkan. Ini kerana anak angkat tidak berhak mewarisi harta pusaka ibu bapa angkatnya mengikut hukum faraid kerana anak angkat bukan keturunan hakiki atau darah daging kepada si mati.

Sekiranya ibu bapa angkat tidak meninggalkan wasiat harta kepada anak angkatnya, dan tidak pula menghibahkan sebahagian daripada hartanya kepada anak angkat itu semasa hayatnya, maka malanglah  nasib anak angkat itu kerana tidak mendapat apa-apa daripada harta pusaka ibu bapa angkatnya.


Sekadar gambar hiasan

S7: Apakah hukum seseorang itu apabila warisnya meninggal dunia meninggalkan harta yang banyak tetapi tidak disempurnakan harta itu mengikut kaedah syarak?

J7: Apabila seseorang itu meninggal dunia, secara automatik harta yang ditinggalkannya menjadi harta pusaka iaitu menjadi hakmilik waris-waris. Tidak kira sama ada harta itu sedikit atau pun banyak. Siapakah yang berhak mewarisi dan bahagian setiap orang waris itu telah ditentukan mengikut kaedah hukum faraid.

Adalah berdosa semua waris-waris  yang tidak menyelesaikan harta pusaka sama ada tidak menyelesaikannya dengan membuat pembahagian mengikut hukum faraid atau membuat pembahagian harta pusaka itu tanpa mengikut kaedah hukum faraid.

Contohnya, ada kalangan waris-waris yang sepatutnya berhak menerima pusaka mengikut hukum faraid tetapi ditinggalkan dan tidak diberikan bahagiannya atau membuat pembahagian sesuka hati tanpa berpandukan kepada kaedah hukum faraid.

S8: Mengapa dalam sistem Faraid, lelaki mendapat 2/3 bahagian daripada harta si mati dan perempuan hanya mendapat 1/3?

J8: Di zaman jahiliah, harta pusaka hanya diwarisi oleh kaum lelaki sahaja manakala wanita tidak mendapat apa-apa. Alasannya, hanya kaum lelaki berupaya dan bertanggungjawab menjaga keselamatan keluarga. Kaum wanita tidak mempunyai kekuatan tenaga seperti lelaki, oleh itu mereka dianggap tidak layak mewarisi harta pusaka. Sebaliknya, ada pula adat-adat setempat yang hanya memberikan warisan kepada kaum wanita sahaja dan lelaki tidak diberikan apa-apa daripada harta pusaka ibu atau bapa mereka. Golongan ini pula berpendapat kaum wanita lemah dan tidak berupaya mencari harta sendirian. Oleh itu harta pusaka wajar diwarisi oleh kaum perempuan manakala lelaki mempunyai tenaga dan kekuatan untuk mencari harta sendiri. Oleh itu tidak perlu diberikan harta pusaka kepada mereka.

Islam datang dengan membawa keadilan kepada manusia dalam segala aspek termasuk  pembahagian harta pusaka. Islam mengambil jalan tengah dengan mewariskan kedua-dua golongan iaitu lelaki dan wanita. Islam tidak meminggirkan mana-mana pihak , tetapi Allah telah menetapkan bahagian lelaki sekali ganda bahagian perempuan memandangkan lelaki adalah ketua keluarga yang mempunyai tanggungjawab tertentu, antaranya:
  1. Bertanggungjawab menanggung nafkah keluarga iaitu isteri dan anak-anak
  2. Bertanggungjawab menanggung nafkah ibu bapa yang telah tua dan tidak berkemampuan.
  3. Bertanggungjawab menanggung nafkah adik beradik perempuan yang belum berkahwin dan tiada sumber kewangan sendiri sekiranya bapa tidak ada atau tidak berkemampuan.
  4. Bertanggungjawab menanggung nafkah anak-anak kepada adik beradik lelaki yang telah meninggal dunia (anak saudara) sehingga mereka dewasa dan boleh berdikari.

Dalam Islam, kaum wanita hanya membelanjakan harta untuk keperluan diri sendiri sahaja dan  mereka tidak dibebankan untuk menafkahkan sesiapa pun. Apa yang mereka belanjakan  untuk ibu bapa dan keluarga adalah secara sukarela dan sumbangan mereka itu diberikan ganjaran pahala oleh Allah s.w.t. di akhirat nanti.

Seorang wanita yang belum berkahwin dan tidak mempunyai pendapatan sendiri, dia akan dinafkahkan oleh bapanya. Sekiranya bapa meninggal dunia tempat bapa digantikan oleh datuk. Sekiranya kedua-dua mereka sudah tidak ada atau tidak berkemampuan, tanggungjawab itu berpindah kepada  adik beradik lelaki.

Sekiranya wanita itu berkahwin, segala perbelanjaan akan ditanggung oleh suami masing-masing. Maka sewajarnyalah wanita mewarisi setengah daripada bahagian waris lelaki.

S9: Sekiranya seseorang memeluk agama Islam, adakah ahli keluarga beliau yang bukan Islam berhak ke atas harta tersebut?

J9: Berlainan agama merupakan salah satu sebab saling tidak mewarisi antara satu sama lain. Oleh kerana itu seorang yang memeluk agama Islam, apabila meninggal dunia, hartanya tidak boleh diwarisi oleh keluarganya yang bukan Islam.

Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.aw. yang bermaksud:
“Orang Islam tidak mewarisi harta orang kafir dan orang kafir tidak mewarisi harta orang Islam”.


        Sekadar gambar hiasan

S10: Adakah harta sepencarian antara pasangan termasuk dalam harta pusaka yang wajib difaraidkan?

J10: Harta sepencarian tidak termasuk di dalam hukum faraid. Tetapi sebelum harta pusaka dibahagikan kepada waris-waris yang berhak mengikut hukum faraid, bahagian harta sepencarian hendaklah diputuskan terlebih dahulu sekiranya ada tuntutan harta sepencarian oleh pasangan si mati. Selepas tuntutan harta sepencarian diputuskan sama ada oleh mahkamah atau melalui persetujuan waris-waris, baharulah harta pusaka itu difaraidkan.

Contohnya, seorang mati meninggalkan seorang isteri dan seorang saudara lelaki seibu sebapa. Mengikut hukum faraid, isteri layak mendapat 1/4 bahagian kerana si mati tidak meninggalkan anak, dan bakinya sebanyak 3/4  bahagian diwarisi oleh saudara lelaki seibu sebapa sebagai penerima asabah.

Tiada perbincangan berkaitan harta sepencarian sekiranya isteri si mati tidak membuat tuntutan harta sepencarian. Oleh itu bahagian yang akan diwarisi oleh isteri adalah sebanyak 1/4 bahagian sahaja daripada harta pusaka suaminya.

Sekiranya isteri menuntut bahagian harta sepencarian, harta pusaka tidak boleh dibahagikan selagi tuntutan harta sepencarian itu tidak diputuskan terlebih dahulu. Selepas tuntutan harta sepencarian diputuskan dan diberikan hak sepencarian kepada isteri, maka baharulah bakinya dikira sebagai harta pusaka dan difaraidkan.

Contohnya, si mati meninggalkan harta tanah seluas 2 ekar. Isteri membuat tuntutan harta sepencarian dan mahkamah telah memutuskan 1/2 bahagian iaitu 1 ekar daripada tanah peninggalan suaminya itu sebagai harta sepencarian.  Bakinya 1 ekar tanah kemudiannya difaraidkan dan ternyata bahagian isteri mengikut hukum faraid sebanyak 1/4 bahagian iaitu 0.25 ekar.

Ini bermakna isteri si mati mendapat 1.25 ekar daripada harta peninggalan suaminya. Satu ekar sebagai harta sepencarian dan 0.25 ekar lagi adalah hak isteri mengikut hukum faraid.

Dengan Great Eastern Takaful insyaallah anda tidak perlu risau akan hibah mahupun faraid kerana ianya sudah ada pembahagiannya..
Ingin tahu bagaimana ianya berfungsi anda boleh PM,email, sms or call (014-5308963) saya..saya sedia memberi khidmat.. Takaful for you and me.. <3