Wednesday, January 30, 2013

Konsep Takaful di zaman Rasulullah SAW

Konsep takaful yang diamalkan pada hari ini bukanlah sesuatu yang baru malah telah dijalankan sejak zaman permulaan Islam lagi. Apabila Islam datang dan tertegaknya kerajaan Islam di Madinah, lanjutan daripada hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat, maka beberapa sistem yang diamalkan mengikut adat resam masyarakat Arab sebelum ini tetapi didapati tidak bercanggah dengan syariat Islam terus dikekalkan. Menurut Sobri Solomon (1989), tiga sistem yang terus dikekalkan ialah sistem ‘aqilah, qasamah dan akad muwalah. Dalam kitab-kitab feqah dan sejarah Islam juga dinyatakan terdapat beberapa amalan di zaman tersebut yang mencerminkan bentuk insurans. Antaranya dalam Kitab Sirah Ibn Hisyam dibayangkan bentuk insurans yang diamalkan di kalangan kaum Muhajirin:“
Kaum Muhajirin dari Quraisy tetap mempunyai hak mereka, mereka senasib sepenanggungan dan menerima wang tebusan darah (diat) sesama mereka (kerana pembunuhan tidak sengaja) dengan cara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman. Bani ‘Auf (dari Yathrib) tetap mempunyai hak mereka, tanggung-menanggung wang tebusan diri. setiap keluarga mereka membayar bersama wang tebusan dengan baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.
Sistem ‘aqilah telah diperkenalkan oleh Rasulullah SAW sebaik sahaja Baginda berhijrah ke Madinah dan mempersaudarakan golongan Muhajirin dengan golongan Ansar. Sistem ini berteraskan kepada konsep saling bertanggungjawab di kalangan ahli-ahlinya. Mengikut sistem ini, setiap ahli sama ada orang-orang Ansar atau Muhajirin hendaklah mengadakan tabung kewangan bersama yang dikenali sebagai ‘kunz’. Semua pungutan atau caruman yang dibayar oleh  ahli-ahli mengikut tempoh yang telah dipersetujui dimasukkan ke dalam tabung berkenaan.

Salah satu tujuan manfaat tabung ini ialah menyediakan bayaran sebagai bantuan untuk menolong mana-mana ahli yang terlibat dengan pembunuhan tidak sengaja atau untuk menebus tawanan perang muslimin daripada musuh. Sistem al-Qasamah pula adalah satu sistem bayaran pampasan kepada keluarga yang terbunuh. Melalui sistem ini, dana dikumpulkan ke dalam sebuah tabungatau kumpulan wang daripada kutipan caruman ahli-ahli. Manfaat akan dibayar kepada ahli waris yang dibunuh jika kes pembunuhan itu tidak diketahui siapa pembunuhnya atau keterangan saksi yang layak untuk benar-benar mengenalpasti pembunuhnya tidak diperoleh. Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dari Sa’id bin A’ta’i:
“Apakah kamu boleh mendatangkan saksi orang yang membunuhnya? Mereka (golongan Ansar)menjawab: Tidak. Tanya Rasulullah: Baiklah kalau mereka (orang-orang Yahudi)bersumpah untuk kamu? Mereka menjawab: Kami tidak menerima sumpah mereka. Kerana Rasulullah tidak suka mensia-siakan darah manusia, maka Baginda memberi diatnya seratus ekor unta kutipan sedekah.”
Manakala akad muwallah merupakan satu bentuk perjanjian jaminan.
Contohnya jika A berkata kepada B: “Anda menjadi pelindung (wali) kepada saya, kalau saya melakukan jenayah tak sengaja, anda hendaklah membayar diat kepada saya.” Kalau B bersetuju, maka kontrak mereka sah, sekiranya A melakukan jenayah tidak sengaja maka A akan menyediakan diat dan sebagai ganjarannya B boleh mempusakai harta-harta A sekiranya ia mati tanpa waris. Di bawah sistem ini, penjamin akan menjamin sesorang yang tidak berwaris dan tiada pula diketahui keturunannya seperti seorang pendatang baru. Penjamin bersetuju akan menanggung bayaran diat (denda atau tebusan) sekiranya orang yang dijaminnya itu melakukan sesuatu jenayah. Sebaliknya, jika orang yang dijamin itu meninggal dunia, penjamin boleh mempusakai hartanya selagi tidak diketahui siapakah warisnya.

Pelaksanaan skim Takaful adalah berdasarkanhukum syara’ yang mengharamkan perkara-perkara berikut:
i. Gharar (Ketidakpastian atau ketiadaan penjelasan berhubung sesuatuperjanjian dan sumber)
ii. Maisir (Perjudian)
iii. Riba (Bunga atau faedah)
iv. Amalan-amalan lain yang bercanggah dengan hukum syarak

Ada beberapa sebab yang mendorong pembentukan dan penyediaan perniagaan takaful ini. 
1) orang Islam ingin mengamalkan ajaran dan peraturan Islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka. 
2) orang Islam mahu sistem kewangan yang bersesuaian dengan ajaran dan kehendak agama dipraktikkan dalam wawasan mereka bagi membina ekonomi Islam yang lengkap untuk kemudahan ummah. 
3) dengan tertubuhnya bank-bank Islam maka keperluan kepada perniagaan takaful atau insurans secara Islam segera menjadi keperluan oleh kerana boleh dikatakan semua urusan bank memerlukan perlindungan insurans.
Oleh yang demikian, adalah amat sesuai sekali jika urusan bank Islam dapat dilindungi oleh insurans yang berasaskan hukum-hukum Islam.

Untuk mendapatkan free info boleh Call, SMS saya (014-5308963) or email saya (arina.sg12@gamil.com) or PM saya di facebook Arina GreatEastern Takaful ( https://www.facebook.com/nicky.erin )

1 comment: