i-Great Teras tawar premium bulanan RM25
DARI kiri: Shizal Fisham Ramli, Zafri Ab. Halim dan Ariff Azhan Abd. Ghani menunjukkan buku penerangan i-Great Teras semasa pelancaran produk terbaharu Great Eastern Takaful itu di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 7 Nov. - Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. (GETSB) melancarkan produk terbaharunya, i-Great Teras, dengan menawarkan premium bulanan serendah RM25 dalam usaha mereka meningkatkan penguasaan pasarannya.
Ketua Pegawai Kewangannya, Zafri Ab. Halim berkata, produk itu disasarkan terutamanya kepada pelanggan yang beragama Islam, memandangkan kadar penembusan takaful dalam segmen tersebut masih rendah.
Jelasnya, berdasarkan kajian, masih terdapat 90 peratus rakyat yang beragama Islam masih di negara ini yang masih belum mempunyai perlindungan takaful.
"Diharapkan dengan kadar bayaran bulanan yang rendah, produk ini mampu menarik orang ramai mendapatkan perlindungan i-Great Teras.
"Malah sebahagian daripada bayaran itu akan dilaburkan ke dalam dana Tabarru' yang mana kesemua pulangan pelaburan itu akan diterima oleh pelanggan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran produk itu di sini hari ini.
Turut hadir ialah Naib Presiden dan Ketua Agensi Pengagihan, Ariff Azhan Abd. Ghani dan Naib Presiden Aktuarial dan Pembangunan Produk, Shizal Fisham Ramli.
i-Great Teras yang telah berada di pasaran di sasarkan untuk mengumpul 10,000 pelanggan menjelang akhir tahun 2013.
Pembayaran minimum RM25 sebulan itu bagaimanapun bergantung kepada kriteria tertentu termasuk umur pelanggan bagi memastikan mereka memenuhi perlindungan minimum iaitu RM10,000.
GETSB kini mempunyai 5,000 ejen di seluruh negara.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20121108/ko_05/i-Great-Teras-tawar-premium-bulanan-RM25#ixzz2I7UJgnEJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
For free consultation do call or msg me at 014-5308963...
No comments:
Post a Comment