Thursday, November 8, 2012

ThE MeAnInG Of TaKaFuL...


Apabila saya memperkenalkan Simpanan Takaful, ramai orang tertanya-tanya apa itu simpanan takaful. Simpanan takaful adalah satu kaedah simpanan seperti bank-bank biasa, Tabung Haji, Asb dan sebagainya.
Cumanya, simpanan takaful menjanjikan perlindungan kewangan kepada kita disamping pemberian dividen yang berpatutan, malahan lebih baik dari bank biasa.
Apa yang dimaksudkan dengan perlindungan kewangan?
Perlindungan kewangan adalah di mana apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada anda, anda tidak perlu risau kerana pihak Takaful telah menyediakan wang pampasan kepada anda mengikut kaedah Tabarru’.
Oleh itu, kita wang simpanan anda tidak akan terjejas. Inilah kelebihan yang tidak dapat diberikan oleh simpanan-simpanan lain yang mana anda terpaksa menggunakan wang simpanan anda tersebut untuk membiayai musibah yang menimpa anda.
Apa itu tabarru’?
Satu tabung khas yang diwujudkan diantara para pencarum yang apabila sesuatu musibah terjadi kepada salah satu daripada pencarum tersebut, wang tersebut akan digunakan untuk membantu meringankan beban pencarum tersebut. Inilah indahnya kaedah simpanan wang secara islam.
Berlandaskan konsep saling tolong-menolong diatas jalan kebaikan dan taqwa (Al-maidah:2). Secara tidak langsung anda telah mempersiapkan bekalan saham untuk anda diakhirat nanti. Cuba anda bayangkan, anda bersama kawan anda membuat simpanan takaful bersama, tetiba kawan anda terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Wang anda bersama pencarum-pencarum lain akan digunakan untuk membantu keluarga kawan anda tersebut. Isterinya tidak perlu risau untuk membayar sewa rumah, loan kereta dan perbelanjaan harian anak-anak.
Ramai hari ini yang meninggal dunia tanpa meninggalkan bekalan secukupnya kepada keluarganya sedangkan mereka mampu. Lalu, si isteri terpaksa menebalkan muka memohon simpati orang ramai membantunya. Ataupun si abang/kakak terpaksa berhenti sekolah gara-gara terpaksa mencari duit bagi menampung perbelanjaan sekolah adik-adik.
Ini realiti masyarakat kita. Sekiranya masih belum berkeluarga, wang pampasan tersebut dapat diberikan kepada ibu, ayah ataupun adik-beradik. Sekurang-kurangnya dapat digunakan untuk tujuan-tujuan yang berfaedah eg. pergi haji, menampung perbelanjaan sekolah adik-adik dan sebagainya.
Mahupun pada hari ini kos rawatan yang tinggi dan semakin tinggi dari hari ke hari. Wang yang di-tabarru’-kan itulah akan digunakan bagi meringankan kos rawatan dan perubatan para pencarum.
Contohnya anda menyimpan RM 2,000 setahun. Maknanya lebih kurang RM 150 sebulan dari gaji anda yang beribu-ribu ringgit. Yang bakinya anda buat pembayaran rumah, kereta, bil-bil dan sebagainya. Dan bakinya lagi anda simpan di bank Islam.
Sekiranya anda meninggal dunia dalam masa setahun, pihak takaful akan memberi anda pampasan sehingga RM 100,000. Maknanya disini, pemergian anda ke rahmatullah itu tidak akan membebankan keluarga anda. Wang pampasan RM 100,000 tersebut boleh digunakan oleh isteri anda untuk membayar bil-bil tersebut. Dan simpanan anda yang lain tidak perlu dihabiskan.
Ramai orang tertanya-tanya macam mana boleh mendapat pampasan setinggi itu. Itu anda tidak perlu risau. Ini kerana pengaplikasian sistem muamalat islam, Tabarru’ dalam kaedah simpanan tersebut.
*Untuk maklumat lanjut sila rujuk tajuk sebelumnya (BaNk vS. GREAT EASTERN TAKAFUL) atau anda boleh terus menghubungi saya:-
Nik Arina Zawani Nik Mahdi. (Erin)
Financial Life Planner
Great Eastern Takaful Sdn Bhd

H/P: 014-5308963/010-9108891

No comments:

Post a Comment