Kaum
Muhajirin dari Quraisy tetap mempunyai hak mereka, mereka senasib
sepenanggungan dan menerima wang tebusan darah (diat) sesama mereka (kerana
pembunuhan tidak sengaja) dengan cara baik dan adil di kalangan orang-orang
beriman. Bani ‘Auf (dari Yathrib) tetap mempunyai hak mereka, tanggung-menanggung
wang tebusan diri. setiap keluarga mereka membayar bersama wang tebusan dengan
baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.
”Sistem
‘aqilah telah diperkenalkan oleh Rasulullah SAW sebaik sahaja Baginda berhijrah
ke Madinah dan mempersaudarakan golongan Muhajirin dengan golongan Ansar.
Sistem ini berteraskan kepada konsep saling bertanggungjawab di kalangan ahli-ahlinya.
Mengikut sistem ini, setiap ahli sama ada orang-orang Ansar atau Muhajirin
hendaklah mengadakan tabung kewangan bersama yang dikenali sebagai ‘kunz’.
Semua pungutan atau caruman yang dibayar oleh ahli-ahli mengikut tempoh yang telah
dipersetujui dimasukkan ke dalam tabung berkenaan.
Salah satu
tujuan manfaat tabung ini ialah menyediakan bayaran sebagai bantuan untuk
menolong mana-mana ahli yang terlibat dengan pembunuhan tidak sengaja atau
untuk menebus tawanan perang muslimin daripada musuh. Sistem al-Qasamah pula
adalah satu sistem bayaran pampasan kepada keluarga yang terbunuh. Melalui sistem
ini, dana dikumpulkan ke dalam sebuah tabungatau kumpulan wang daripada kutipan
caruman ahli-ahli. Manfaat akan dibayar kepada ahli waris yang dibunuh jika kes
pembunuhan itu tidak diketahui siapa pembunuhnya atau keterangan saksi yang
layak untuk benar-benar mengenalpasti pembunuhnya tidak diperoleh. Dalam sebuah
hadis riwayat Bukhari dari Sa’id bin A’ta’i:
“Apakah kamu
boleh mendatangkan saksi orang yang membunuhnya? Mereka (golongan
Ansar)menjawab: Tidak. Tanya Rasulullah: Baiklah kalau mereka (orang-orang
Yahudi)bersumpah untuk kamu? Mereka menjawab: Kami tidak menerima sumpah
mereka. Kerana Rasulullah tidak suka mensia-siakan darah manusia, maka Baginda
memberi diatnya seratus ekor unta kutipan sedekah.”
Manakala
akad muwallah merupakan satu bentuk perjanjian jaminan.
Contohnya
jika A berkata kepada B: “Anda menjadi pelindung (wali) kepada saya, kalau saya
melakukan jenayah tak sengaja, anda hendaklah membayar diat kepada saya.” Kalau
B bersetuju, maka kontrak mereka sah, sekiranya A melakukan jenayah tidak
sengaja maka A akan menyediakan diat dan sebagai ganjarannya B boleh mempusakai
harta-harta A sekiranya ia mati tanpa waris. Di bawah sistem ini, penjamin akan
menjamin sesorang yang tidak berwaris dan tiada pula diketahui keturunannya
seperti seorang pendatang baru. Penjamin bersetuju akan menanggung bayaran diat
(denda atau tebusan) sekiranya orang yang dijaminnya itu melakukan sesuatu
jenayah. Sebaliknya, jika orang yang dijamin itu meninggal dunia, penjamin
boleh mempusakai hartanya selagi tidak diketahui siapakah warisnya.
Pelaksanaan
skim Takaful adalah berdasarkanhukum syara’ yang mengharamkan perkara-perkara
berikut:
i. Gharar (Ketidakpastian atau ketiadaan penjelasan berhubung
sesuatuperjanjian dan sumber)
ii. Maisir (Perjudian)
iii. Riba (Bunga atau
faedah)
iv. Amalan-amalan lain yang bercanggah dengan hukum syarak
Ada beberapa
sebab yang mendorong pembentukan dan penyediaan perniagaan takaful ini.
1) orang Islam ingin mengamalkan ajaran dan peraturan Islam sepenuhnya
dalam kehidupan mereka.
2) orang Islam mahu sistem kewangan yang
bersesuaian dengan ajaran dan kehendak agama dipraktikkan dalam wawasan mereka
bagi membina ekonomi Islam yang lengkap untuk kemudahan ummah.
3) dengan tertubuhnya bank-bank Islam maka keperluan kepada perniagaan takaful
atau insurans secara Islam segera menjadi keperluan oleh kerana boleh dikatakan
semua urusan bank memerlukan perlindungan insurans.
Oleh yang demikian, adalah
amat sesuai sekali jika urusan bank Islam dapat dilindungi oleh insurans yang
berasaskan hukum-hukum Islam.
Untuk mendapatkan free info boleh Call, SMS saya (014-5308963) or email saya (arina.sg12@gamil.com) or PM saya di facebook Arina GreatEastern Takaful ( https://www.facebook.com/nicky.erin )